Archive for Mac 2011

Mandi Wap @ Sauna

Kebaikan Mandi Wap

1. Memperbaiki peredaran darah.
2. Memperbaiki sistem urat saraf.
3. Membakar lemak di anggota badan.
4. Menghilangkan bau badan.
5. Melunakkan sel-sel mati dan menghalus / menggebukan kulit.
6. Mengeluarkan asid dan toksid berlebihan.

* PERINGATAN : Untuk mendapatkan keberkesanan, mandi wap hendaklah dilakukan berterusan tiga ke empat bulan bergantung pada lemak individu terbabit.

Mandi Wap

* Elok dilakukan pada waktu malam dan selepas mandi wap, hendaklah berehat.

– Sebelum mandi wap, mandi biasa dahulu, basahkan badan dari bawah ke atas.
– Gunakan selimut tebal, kain batik lepas, dan letakkan alat mandi wap di bawah kerusi.
– Mesin mesti berada di depan untuk memastikan lampu merah menyala menandakan kehabisan air.
– Semasa mandi wap, steam akan berkumpul dalam selimut, bila rasa panas, buka selimut tadi, biar bahang panas keluar.
– Kemudian selimut semula dan seterusnya. Bila dah berpeluh-peluh, masuk bilik air, terus siram air / mandi (on the spot).
– Ulang proses dari bilik mandi wap ke bilik air 2-3 kali bergantung pada kekerapan peluh anda.
– Lepas mandi wap, mesti minum air 1 gelas. Kemudian rehat (tidur).
– Mandi wap paling kerap 3 kali seminggu (selang sehari) buat 20 – 30 minit.
– Kalau seminggu sekali, buat dalam 34 – 45 minit.
– Kalau sebulan sekali, buat sepuas-puasnya.

Advertisements

Syukur… Alhamdulillah… Siri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, baru je selesai menikmati makan malam dalam pesawat Air Asia. Sekarang ni dalam perjalanan, eh silap, penerbangan pulang ke Miri. Lebih kurang 3 hari 2 malam di Kuala Lumpur, bermukim sekejap di Hotel Sepang, Dengkil bersama 2 sahabat, Jun dan Bad.

Alhamdulillah, kali ni saya berpeluang untuk mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 2010. Seramai 6 orang pegawai dari IKBN Miri, termasuk saya, terpilih untuk menerima anugerah tersebut pada kali ini. Sekali lagi syukur atas pemberian dan nikmat dari Allah. Dari dulu lagi, semenjak memasuki perkhidmatan awam, saya tak pernah sekalipun meminta untuk dihargai. Bukan apa, kalau dilihat kepada mutu perkhidmatan @ kerja yang dilakukan, rasanya tak layak langsung untuk mendapat anugerah. Dan lagi, masih ramai pegawai yang lebih layak untuk mendapat anugerah tersebut.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Cik Andrew, Bad, Abu, Jun dan juga Eddly atas anugerah pada kali ini. Mereka memang layak untuk mendapat APC. Lepas ni, kena maintain kerja dan tambahkan lagi produktiviti.

Nanti saya nak kongsi jugak pengalaman ber’derak-derak’ sekitar Kuala Lumpur. Banyak benda yang saya nak luahkan dalam blog ini. Sekadar berlongsi pengalaman dan pendapat, rasanya tak salah kut…

Ok lah, untuk bahagian itu kita sambung siri 2 la pulak…

ابو اجود
Abu Ajwad
Air Asia, AK 5188

Jamaah Islam Contoh Siri 2

6. Jemaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yang digunakan oleh Rasulullah saw adalah berperingkat (marhalah), beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli, melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi’). Baginda mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain lagi. Jemaah ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, yakni membina individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan baharulah Dunia Islam. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar. Sesungguhnya, pembinaan yang membesar secara tabii’ (Kaedah Sulbah) itu bermula dari dasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).

7. Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Setiap anggota jemaah itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan ‘tajassus’ dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam berdakwah. Firman Allah swt, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin kaum lain itu adalah lebih baik… jauhilah prasangka… janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah telah mencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku supaya kamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia diantara kamu disis Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu” (Surah Hujurat : 11-13)

8. Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukanlah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang bruruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.

9. Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.

10. Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar, sementara jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan, tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerjasama. Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

-To be Continued-

Jamaah Islam Contoh Siri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sewaktu dok belek kitab-kitab lama sewaktu mengaji dulu, terjumpa dengan satu artikel semasa melibatkan diri dengan jemaah peringkat kampus dulu. Satu tazkirah yang dah lama tak baca, mungkin dah terlupa barangkali. Jadi ingin rasanya untuk saya berkongsi dengan semua dalam blog ni. Selain itu, bila saya salin balik, boleh juga mengingatkan kembali diri ini. Jadi, selamat membaca dan berkongsi…

Artikel ini merupakan Edisi 1 keluaran Lajnah Penerbitan PMIUM 1999/2000.

____________________________________________________________________________________________

Seperti kata-kata Saidina Ali (ra),”Janganlah kamu kenali sesuati kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu, nanti kamu akan kenali orangnya”. Hatta, dengan jemaah juga, seseorang itu harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri jemaah tersebut sebelum menggabungkan diri ke dalamnya.

Artikel ini adalah berdasarkan huraian Sheikh Mustafa Mashyur dalam bukunya, ‘Contoh Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah’ dan ‘Dakwah Fardiah’. Perkara-perkara yang dihuraikan hendaklah diambil sebagai panduan atau rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat pilihan dan menggabungkan diri dalam sesebuah jemaah untuk menunaikan tanggungjawab dakwah yang diwajibkan keatasnya. Pilihan seseorang itu memerlukan perincian yang halus, hikmah, penjelasan yang terang dan meyakinkan dan tidak terburu-buru.

Dua puluh (20) perkara asasi yang perlu ada pada sebuah Jemaah Islam.

Contoh ialah :

1. Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardhatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran, kedudukan atau suka menonjol diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh dari dorongan-dorongan Jahiliyyah seperti taa’sub kelompok (assabiyah), batas-batas geografi atau kenegaraan (nasionalisme), dan seumpamanya. Perkara seperti ini akan merosakkan amalannya dan membawa jemaah ini kearah kegagalan.

2. Jemaah Islam ini hendaklah menggunakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan, dan menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhi mesej dakwahnya.

3. Jemaah itu dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepadu yakni untuk menegakkan agama Allah dibumi ini dengan mendirikan Daulah Islamiyyah Alamiyyah (Negara Islam Sedunia). Manhajnya (methodologi) adalah berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw untuk mencapai tujuan ini, dan juga apa yang disyariatkan oleh Islam (ijmak atau qias). Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam ‘perkara-perkara juzuk’ dalam Islam seperti ekonomi, politik, ibadah dan sebagainya.

4. Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh (kesyumulan Islam) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam, cara dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulillah saw, dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah belahkan orang-orang Islam.

5. Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekalian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara Islam Geografi sahaja. (sila rujuk karangan Ustaz Said Hawa, Durus fil Amal al-Islami).

-To be Continued-

Hari Last Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni hari last cuti sekolah. Dah janji ngan anak-anak nak pergi mandi laut di Pantai Bungai. Walaupun ada panggilan untuk ‘meeting’, tapi terpaksa tak hadir sebab dah rancang dan janji nak pergi ke sana dari awal cuti lagi. Lagipun, dah ajak jiran untuk sama-sama bawa family dia sekali. Kalau last-last minit cancel, apa kata dia nanti. Apapun, pada ‘kawan-kawan’, saya dan isteri mohon maaf sebab tak dapat pergi perjumpaan berkenaan.

Program kali ni boleh tahan la. Sampai dalam jam 8.45 pagi, anak-anak terus mandi laut. Ajak makan pun dah tak mau dah. Lupa alam sekitar….terutama di Ajwad. Memang beria-ia nak dari awal cuti lagi nak mandi laut. Hari tu, bawa ke Esplanade, nangis sebab kat sana tak boleh mandi. Nak pantai yang boleh mandi jugak. Tak pa la, abah bawak. Janji kena belajar rajin-rajin lepas ni.

Kami pun ambil peluang untuk bersantai kali ni jugak. Sebab lepas ni, conform dah tak sempat. Sibuk ngan kerja masing-masing satu. Pastu gerak kerja untuk RAYA pulak lagi. Masa mungkin dah kurang. Aku pulak, nak kurangkan sedikit tekanan. Baru ni pergi periksa tekanan darah pun, doktor nasihatkan berjaga-jaga. Border dia kata. Periksa dekat jadual darah tu, Hypertensi Peringkat 1. Apapun, moga Allah bagi sihat sebab banyak kerja lagi ni.

Minggu depan kena pergi Kuala Lumpur. Ada majlis di PICC. Raptai petang Ahad, harijadi pagi Isnin. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. Aku tak pernah minta untuk dihargai apa yang aku dah buat, cuma bila ada yang bagi, ambil juga lah. Paling kurang, boleh kongsi ngan keluarga dan kawan-kawan. Cadang nak pergi awal, sebab nak ziarah sahabat yang terlantar sakit di wad Hospital Uni. Malaya. Moga Allah bagi kesempatan aku pergi ziarah Ali Jaafar. Lama dah dengar dia sakit. Jarak yang jauh membataskan pertemuan. Jadi, kesempatan pergi KL ni, boleh pergi lawat dia.

Jadi, pada kawan-kawan yang berada di KL, kalau sempat kita jumpa di sana nanti. Pada yang sudi je laaaahhhh….

Ok lah. Nak masuk tido dah. Esok jam 4.30 pagi nak kena bangun dah. Subuh sini awal weh…

Assalamualaikum…

ابو اجود
Abu Ajwad
Miri, Sarawak

Raya…Raya…Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Arini, Sabtu 19 Mac 2011, CM Sarawak mengumumkan hari Isnin nanti DUN Sarawak akan bubar. Jadi, musim RAYA dah sampai. Macam-macam ada bila musim macam ni. Ibarat kata seorang ahli politik, time macam-macam ni minta sungai pun dapat.

Banyak khabar-khabar angin bila cakap-cakap berkaitan ngan pilihanraya. Cuma kali ni rasanya pihak kerajaan yang sedia ada mungkin terpaksa kerja lebih sikit kut. Cabaran kali ni agak sukar sebab pihak satu lagi jugak berusaha untuk memenangi lebih banyak kerusi DUN.

Antara kerusi yang agak panas ialah kerusi DUN yang berada di bandar-bandar. Ini kerana kerusi-kerusi tersebut mempunyai ramai pengundi dari bangsa Cina, dan ‘citarasa’ diaorang sukar untuk di duga. Boleh kata undi mereka merupakan undi penentu bagi kerusi DUN di bandar-bandar. Contohnya apa yang berlaku di Sibu.

Apa pun, diharapkan semuanya berjalan lancar. Samada pihak yang bertahan atau pihak yang nak mencuba untuk merebut kerusi, semoga berjaya. Hasil keputusan bergantung kepada segala usaha yang telah dilakukan.

ابو أجود
Abu Ajwad
Miri, Sarawak

Semangat Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama tak update blog ni. Bukan apa, aritu pindah sekejap ke rumah baru http://www.naktaknak.webs.com . Adala sedikit sebanyak catatan dan gambar yang di upload kat sana. Boleh cuba gi lawat lah.

Tapi, bila dah pakai benda alah ni, untuk update di sana tak dapat la pulak. Nampak gayanya kena pindah balik rumah lama. OK jugak la…

Jadi dah banyak malam bertangguh, so malam Jumaat ni kena mula balik lah. Insya Allah, kalau takde aral apa-apa, saya akan me’rajin’kan diri untuk kemaskini selalu. Buat catatan untuk rujukan masa akan datang.

OK lah, dah tengah malam ni. Pagi ni giliran kumpulan kami berjaga malam @ rukun tetangga. Tak tau la nak turun atau tak, hujan pulak dah. Tunggu ‘seriat’ @ teduh sikit laaa…

Sekian.

ابو أجود
Abu Ajwad
Miri, Sarawak