Archive for Mei 2011

Mencari Ilham

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Esok cuti (yahoooo…) sambutan Gawai Dayak bagi negeri Sarawak. Rasa syukur sangat-sangat sebab boleh lepaskan sedikit lelah berprogram baru-baru ni. Nanti lah kalau sempat (ye keee???) saya ceritakan berkaitan dengan program yang lepas.

Cadang cuti kali ni nak jalan-jalan ke Sabah, namun tak kesampaian kerana masalah dokumentasi. Masa sampai di Imigresen Miri, orang dah berbaris panjang. Terlalu panjang hingga terkeluar sampai ke tangga. Apabila ditanya kepada pegawai Imigresen yang bertugas, pas lawatan berkumpulan tak dapat dibuat kerana sistem bermasalah. Kalau nak, kena buat pasport terhad Brunei ataupun pasport antarabangsa. Fikir punya fikir, batal je lah program nak ke Sabah. Kena rancang semula percutian kali ni nampaknya.

Mungkin kami tak buat persiapan awal. Maklumlah, bila masa cuti macam ni, memang ramai nak ambil kesempatan untuk pergi berjalan bersama keluarga.

Cuti kali ni agak panjang jugak la. Lebih kurang 9 hari. 4 hari cuti ganti dan 1 hari cuti rehat. Campur Sabtu dan Ahad. OK la tu. Tapi apa pun kena keluar dari Miri. Lama gilak sik keluar Miriek. Nak ambik angin luar.

OK lah. Malam ni pun kurang sihat sebenarnya. Dah beberapa malam kena berjaga untuk tidurkan Amjad. Demam panas. Harap bila kami nak mulakan perjalanan hari Sabtu nanti, Allah sembuhkan dia.

Abu Ajwad
Miri, Sarawak