Archive for Jun 2011

Azam Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sekarang dalam penerbangan pulang ke Miri setelah seminggu di Semenanjung. Setelah berkursus 3 hari di Sg. Petani dan 2 hari di kampung. Ambil kesempatan untuk balik tengok mak ngan abah jap.

Cuma yang pastinya, bila balik nanti ada banyak benda yang nak kena buat. Pelajar-pelajar dah nak exam semester 1/2011. Kena siapkan markah tugasan diaorang. Kena periksa kertas jawapan. Kena siapkan laporan kursus. 5s. Kaunseling. Pergh…. rasa nak sambung cuti je lagi.

Tapi, kena selesaikan juga semua benda tu supaya tak kelam kabut akhir nanti. Fokus… Fokus… Tarik nafas… Lepaaassss…

Bulan Julai nanti pulak, nak kena aturkan program untuk Kelab PERKIM UUM. Diaorang nak datang Miri dan buat program mahasiswa masuk kampung. Esok nak kena hubungi semula pengerusi kelab diaorang.

Selain perkara-perkara tadi, aku nak kena selesaikan juga beberapa tugasan peribadi. Untuk masa depan. Tapi, rasa ragu-ragu. Bukan apa, takut terambil keputusan yang salah. Rasanya, nak kena fikir panjang sungguh kali ni.

Kadang-kadang bila fikir sekali, timbul persoalan, kenapa perlu bertukar tempat kerja sedangkan di sini dah selesa. Kerja yang agak mudah. Kurang tekanan dalam menjalankan tugas. Rakan sekerja yang baik dan bagus. Persekitaran tempat tinggal yang cukup memuaskan. Isteri pun bila di tanya, rasa masih nak tinggal di sini.

Tapi sampai bila nak kena tangguhkan cita-cita yang dah lama berkubu dalam hati ni? Umur makin tua. Anak-anak makin besar dan bertambah, insya Allah. Sampai bila?

Rasa-rasanya mungkin terpaksa buat kos lepas. Samada nak lepaskan keselesaan dan keseronokan bekerja ataupun cita-cita? Hmmm… itu yang kadang-kadang agak merimaskan diri.

Secara peribadi, keselesaan dan keseronokan sekarang ini sebenarnya membunuh diri secara perlahan-lahan. Mana tidaknya… Dalam keadaan sekarang, aku rasa amat kurang peningkatan dalam bab ilmu. Memang ada juga banyak ilmu-ilmu baru yang dipelajari khususnya dalam bab pengurusan, namun itu ada sedikit sahaja. Dendam untuk bergelar siswazah masih belum tertunai.

Ada aku perhatikan, ramai orang yang sudah berpuas hati dengan apa yang mereka miliki sekarang ini dan mereka tidak mahu berubah atau berusaha untuk mengup-grade diri lagi. Aku tak mahu jadi seperti itu.

Aku nakkan hidup yang baru. Aku nak up-grade diri aku. Aku nak jadi orang baru. Ya Allah, kuatkanlah diriku ini untuk menempuhi cabaran. Janganlah engkau jadikan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang sentiasa mengaku kalah.

ابو أجود
Abu Ajwad
45,000 kaki dari aras laut