Archive for Februari 2013

Mencuba Gadget Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

BeliĀ  gadget dah banyak dah, tapi masih tak buat posting pun. Hurmmm…. Nak kena jugak ni.

Tapi, apa yang nak di polah dalam laman towk? Aiii… Klakar Saghawak pulak kamek tok.

Mau bicara isu agama, bukan ahlinya. Bab pengurusan, lagilah tak tahu.

So, kita sekadar bual-bual kosong sahaja dululah. Tengoklah nanti, apa yang ada tu, adalah.

Jumpa lagi lain kali.

Assalamualaikum.

Luahan Rasa

Assalamulaikum…

Keletihan tapi tak nak tidor pulak…. Esok masih ada program. Mula pagi sampai malam. Pagi jam 7 kena ke SMK Subis di Batu Niah untuk berkongsi ilmu Kaedah Hattaiyah bersama sahabat-sahabat di sana. Program habis jam 3 petang.

Malam lepas maghrib kuliah di Tudan Fasa 2 pulak. Lepas isya’ sambung program Kem Smart Solat bersama pelajar-pelajar sem. 1 di surau.

Ya Allah, berilah kekuatan untuk aku selesaikan tugasan pada esok hari.