Archive for Julai 2013

Kata Hikmah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Saya dapat benda ni daripada mesej kawan, boleh buat renungan kita bersama. Andai kata salah @ silap, tolong maklumkan.

 

__________________________________________________

Kata-kata hikmah al-Marhum Syeikh at-Tantawi

 

لا يلزم أن تكون وسيما لتكون جميلا

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا

Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا

Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضى ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا

Cukuplah dengan membuat Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة

Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi berbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال99

Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر

Itulah hakikat manusia!

ولو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة

Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لغفر الله ال99 وقبل الواحدة

Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذلك هو ربي

Itulah Dia Tuhanku!

__________________________________________________

Terima kasih Syakirul atas tazkirah yang baik ini…

Advertisements

Makluman… Makluman… Makluman

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1978

________________________________________________

 

Tambang Kapalterbang untuk Melawat Keluarga

 

7. Kemudahan tambang kapalterbang Kelas Ekonomi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk balik ke temapt asal di wilayah permulaan diambil bekerja, bagi melawati ibu/bapa atau ibu/bapa isteri yang sakit tenat adalah diluluskan atas sebab-sebab belas kesihan. Kemudahan tambang kapalterbang Kelas Ekonomi adalah juga boleh diberi kepada anak-anak pegawai yang tidak turut serta dengan pegawai itu ke tempat bertugas untuk melawat bapa atau ibu mereka yang sakit tenat dengan syarat kemudahan itu tidak pernah digunakan bagi maksud berpindah mengikut bapa mereka ke tempat bertugas di wilayah yang lain daripada wilayah pengambilan asalnya. Pegawai-pegawai yang layak mendapat kemudahan penerbangan Kelas I boleh menikmati kemudahan tersebut tetapi kemudahan yang diberi kepada ahli keluarganya hanyalah tambang Kelas Ekonomi. Bagi maksud perenggan ini “wilayah” ertinya Semenanjung Malaysia, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

 

__________________________________________________________________________________________________

 

1. Dalam bahasa biasa di pejabat, kemudahan ini digelar sebagai Tambang Ehsan.

2. Boleh di gunakan 4 kali sahaja dalam perkhidmatan. Samada melawat ibu/bapa sendiri atau ibu/bapa mertua sakit atau meninggal. Kalau dah di gunakan untuk melawat semasa diaorang sakit, jadi waktu ibu/bapa meninggal kena beli tiket sendiri dan tak boleh claim dah.

3. Kemudahan ini hanya untuk pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan sahaja. Anak-anak kena beli tiket sendiri.

4. Kalau suami dan isteri berkhidmat dengan kerajaan tetapi bekerja di agensi yang berlainan, tuntutan adalah melalui jabatan masing-masing.

5. Kemudahan ini juga boleh digunakan oleh anak pegawai untuk melawat pegawai yang sakit atau mati. Dengan syarat anak itu tidak mengikut pegawai di wilayah dia bertugas. Contohnya ibu/bapa bertugas di Sabah/Sarawak, anaknya tinggal di Semenanjung kerana sedang belajar. Dan anak pegawai tersebut belum menggunakan kemudahan penerbangan untuk berpindah bersama ibu/bapanya.

 

Ini sedikit daripada penjelasan oleh Ketua Unit Pentadbiran kami semasa mesyuarat baru-baru ni. Isu ini timbul selepas kematian salah seorang pegawai kerana sakit. Iaitu kemudahan-kemudahan yang boleh di ambil oleh pegawai yang bertugas di luar wilayah asal, berdasarkan pekeliling yang sedia ada.

 

Rupanya, ramai daripada kakitangan kerajaan yang tidak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dia dapat daripada kerajaan kerana pekeliling hanya dibaca sewaktu nak ambil peperiksaan sahaja. Habis ujian, tutup buku. Bahkan mereka yang bekerja di pentadbiran/pengurusan juga ramai yang tidak ambil tahu berkaitan dengan perkara-perkara ini. Jadi bila ditanya oleh pegawai-pegawai yang lain, jawapan yang paling senang ialah Tak Tahu @ Tak Ada.

 

Bagi mereka yang masih berkhidmat dengan kerajaan, harapnya dengan sedikit maklumat di atas dapat membantu tuan/puan seandainya sesuatu berlaku.

 

Sekian, terima kasih.

 

Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Memahami Era Generasi

SILENT GENERATION

– Lahir dalam tahun 1922 – 1945

– Berumur 68 hingga 91 tahun

– Pelopor kepada revolusi muzik rock (Elvis Presley, The Beatles)

Konservatif, rajin, mengikut peraturan, tidak suka melibatkan diri dengan hutang

 

BABY BOOMERS

– Lahir dalam tahun 1946 – 1964

– Istilah baby boomers digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas perang dunia ke-2

– Berumur 48 hingga 68 tahun

– Generasi selepas perang dunia ke-2

Penyayang, keagamaan, menghargai masa, kekeluargaan dan sentimental 

Hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada keluarga

 

GEN X

– Lahir dalam tahun 1965 – 1980

– Berumur 33 hingga 48 tahun

– Generasi internet

– Dikenali sebagai ‘baby bust’, ‘slackers’ dan ‘MTV Generation’

– Membesar sebagai kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana ibu bapa yang sibuk bekerja atau ibu bapa tunggal

– Lebih seimbang

– Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (non specialist media)

 

GEN Y

– Lahir dalam tahun 1980 – 1993

– Berumur 18 hingga 35 tahun

Populasi terbesar di dunia

Optimistik, mempunyai harga diri keyakinan diri yang tinggi dan pintar

 

GEN Z

– Lahir dalam tahun 1994 – 2010

– Berumur 19 ke bawah

– Juga dikenali sebagai Net Generation, Internet Generation, Generation Digital

Lebih terdedah kepada broadband, wireless, laman sosial, telefon pintar, online music, movie, chatting, online games

 

Sumber :

Kertas kerja bertajuk “Memahami Generasi Y” yang dibentangkan oleh Tuan Khairunnizam bin Mhd. Supian daripada Persatuan Ulama Malaysia cawangan Selangor (PUMSEL) dalam Wacana Isu-Isu Munakahat Kemahiran Keibubapaan di ILIM pada 11 April 2013.

Buletin ILIM, Tahun 9, Bilangan 1/2013, Januari – April 2013 / Safar – Jamadil Akhir 1434H