Makluman… Makluman… Makluman

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1978

________________________________________________

 

Tambang Kapalterbang untuk Melawat Keluarga

 

7. Kemudahan tambang kapalterbang Kelas Ekonomi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk balik ke temapt asal di wilayah permulaan diambil bekerja, bagi melawati ibu/bapa atau ibu/bapa isteri yang sakit tenat adalah diluluskan atas sebab-sebab belas kesihan. Kemudahan tambang kapalterbang Kelas Ekonomi adalah juga boleh diberi kepada anak-anak pegawai yang tidak turut serta dengan pegawai itu ke tempat bertugas untuk melawat bapa atau ibu mereka yang sakit tenat dengan syarat kemudahan itu tidak pernah digunakan bagi maksud berpindah mengikut bapa mereka ke tempat bertugas di wilayah yang lain daripada wilayah pengambilan asalnya. Pegawai-pegawai yang layak mendapat kemudahan penerbangan Kelas I boleh menikmati kemudahan tersebut tetapi kemudahan yang diberi kepada ahli keluarganya hanyalah tambang Kelas Ekonomi. Bagi maksud perenggan ini “wilayah” ertinya Semenanjung Malaysia, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

 

__________________________________________________________________________________________________

 

1. Dalam bahasa biasa di pejabat, kemudahan ini digelar sebagai Tambang Ehsan.

2. Boleh di gunakan 4 kali sahaja dalam perkhidmatan. Samada melawat ibu/bapa sendiri atau ibu/bapa mertua sakit atau meninggal. Kalau dah di gunakan untuk melawat semasa diaorang sakit, jadi waktu ibu/bapa meninggal kena beli tiket sendiri dan tak boleh claim dah.

3. Kemudahan ini hanya untuk pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan sahaja. Anak-anak kena beli tiket sendiri.

4. Kalau suami dan isteri berkhidmat dengan kerajaan tetapi bekerja di agensi yang berlainan, tuntutan adalah melalui jabatan masing-masing.

5. Kemudahan ini juga boleh digunakan oleh anak pegawai untuk melawat pegawai yang sakit atau mati. Dengan syarat anak itu tidak mengikut pegawai di wilayah dia bertugas. Contohnya ibu/bapa bertugas di Sabah/Sarawak, anaknya tinggal di Semenanjung kerana sedang belajar. Dan anak pegawai tersebut belum menggunakan kemudahan penerbangan untuk berpindah bersama ibu/bapanya.

 

Ini sedikit daripada penjelasan oleh Ketua Unit Pentadbiran kami semasa mesyuarat baru-baru ni. Isu ini timbul selepas kematian salah seorang pegawai kerana sakit. Iaitu kemudahan-kemudahan yang boleh di ambil oleh pegawai yang bertugas di luar wilayah asal, berdasarkan pekeliling yang sedia ada.

 

Rupanya, ramai daripada kakitangan kerajaan yang tidak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dia dapat daripada kerajaan kerana pekeliling hanya dibaca sewaktu nak ambil peperiksaan sahaja. Habis ujian, tutup buku. Bahkan mereka yang bekerja di pentadbiran/pengurusan juga ramai yang tidak ambil tahu berkaitan dengan perkara-perkara ini. Jadi bila ditanya oleh pegawai-pegawai yang lain, jawapan yang paling senang ialah Tak Tahu @ Tak Ada.

 

Bagi mereka yang masih berkhidmat dengan kerajaan, harapnya dengan sedikit maklumat di atas dapat membantu tuan/puan seandainya sesuatu berlaku.

 

Sekian, terima kasih.

 

Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Posted by Hazmin on 26 Februari 2014 at 7:10 PM

    Assalamualaikum WBT.
    Saya ingin bertanyakan, masihkah lagi Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1978 ini boleh digunakan. Boleh saya tahu, jika ada Pekeliling Perkhidmatan yang baru mengantikan PP ini. Terima kasih.

    Balas

    • Waalaikum salam WBT

      Terima kasih kerana bertanya.

      Saya dah rujuk kepada pegawai di Unit Pentadbiran tempat kerja saya sekarang ni, pada 28 Februari 2014 jam 9.15 pagi, dan diaorg maklumkan yang PP tersebut masih digunapakai setakat ini.

      Namun, untuk kepastian yang lebih tepat, rasanya kita kena rujuk dengan JPA jugak. Nanti saya try email diaorg utk tanyakan benda ni. Insya Allah.

      Sekian.

      Balas

  2. Saya dah rujuk laman web JPA dan saya dapati ianya masih berkuatkuasa. Disertakan pautan kepada perkara tersebut ;

    http://www.eghrmis.gov.my/elaun_kemudahan/2010/05/454/

    dan satu lagi pautan, yang mungkin ada kaitan juga ;

    http://www.eghrmis.gov.my/elaun_kemudahan/2010/05/456/

    Harap maklum.

    Balas

  3. Posted by sanisah on 19 April 2017 at 10:05 AM

    assalamualaikum WBT
    jika sekiranya anak pegawai meninggal di wilayah asal dan pegawai telah membeli tiket kapalterbang dengan duit sendiri boleh tak pegawai itu membuat tuntutan balik? kalau ikut dalam PP 5 tahun 1978 hanya ibu bapa kandung dan ibu bapa mertua sahaja.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: