Archive for the ‘Catatan Santai’ Category

Mengapa Solat tetapi Kekal Lakukan Maksiat?

Pada suatu hari, diceritakan ada seorang lelaki  datang bertemu Hamka, ulama hebat Indonesia. Lelaki ini berkata, “Tuan yang dikasihi, ada satu perkara yang benar-benar mengganggu saya.” Hamka mendengar tanpa memberi komen.

Lelaki ini meneruskan perbualannya. “Ceritanya begini. Saya berjiran dengan dua individu. Seorang adalah kaki masjid, hidupnya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Seorang lagi pula tidak menunaikan solat.” Hamka menunggu lelaki itu menghabiskan ceritanya.

“Apa yang mengganggu saya adalah sikap mereka berdua. Di kawasan rumah saya ada seekor kucing. Apabila kucing ini pergi ke rumah ahli ibadat ini, alangkah buruknya layanan dia kepada kucing itu. Langsung tidak diberikan makanan dan tidak dihiraukannya.”

Dia menyambung lagi, “Tetapi lain pula sikap lelaki yang tidak menunaikan solat itu. Dia sentiasa melayan kucing itu dengan baik. Perangainya benar-benar mulia. Persoalan yang bermain dalam fikiran saya adalah, bagaimana boleh jadi begitu? Tidakkah Allah s.w.t. menyatakan dalam al-Quran, Solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar? Tenangkanlah saya dengan pencerahan yang sebetulnya, wahai tuan yang saya hormati?”

Pak Hamka memandang lelaki itu dan tersenyum. Beliau kemudiannya memberikan jawapan ini, “Lelaki yang menunaikan solat itu, sekiranya dia tidak bersolat, tentu akhlaknya lebih jelek lagi. Manakala lelaki yang tidak menunaikan solat itu, sekiranya dia menunaikan solat, tentu akhlaknya semakin luar biasa baiknya.”

Lelaki yang bertanya itu pun tersenyum

– Soalan Maut Untuk Ustaz –

Jenguk…

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya jenguk jugak ‘rumah’ lama nie… Pergh, berabuk yeop… Lama gila tak jengah sini.

Tahun baru pun dah masuk 15 hari. Dah 7 bulan bersama ‘bos’ baru. Suasana kerja yang baru. Kiranya kena mula dari zero laaaa.

Untuk episod yang akan datang, banyak perubahan dan anjakan yang perlu dibuat, sesuai dengan suasana dan sistem kerja yang baru. Akan ada kos lepas. Ada perkara yang perlu dikorbankan. Ada perkara yang perlu dipertingkatkan. Semuanya menuntut kepada azam dan tekad untuk dilaksanakan.

Apapun yang paling mencabar, setakat ini, ialah bilamana berhadapan dengan mereka yang nak kerja tapi tak nak buat kerja… Pelik kan? Tapi ada rupanya ‘spesis’ nie…

Bahagian yang paling best ialah bila diarahkan kerja, melenting, sedangkan kerja yang diarahkan itu ialah kerja hakiki mereka. Siap guna hujah agama lagi tu untuk membela tindakan mereka selaman ini. Best, sungguh-sungguh best.

Ish…mengumpat pulak di alam maya…hihihi…

Minggu lepas, seusai solat Zohor, datang bisikan-bisikan jahat. “Diaorang boleh je takde kat pejabat, apasal pulak aku nak tercokoh sorang-sorang kat pejabat nie?”. Tanpa banyak bicara, start enjin kereta, terus keluar pejabat menghala ke stadium, dan terus ke persimpangan Parkson. Kekanan balik rumah, kekiri kembali semula menghala ke pejabat.

Sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar kala (warna), datang pula satu persoalan. “Macamana dengan gaji nanti? Dah la nak guna untuk bagi makan anak dan isteri…”. Haduyaaaiiiii…

Alhamdulillah, seolah-olah ada satu kekuatan yang baru, untuk terus membelok ke kiri, menuju semula ke pejabat. Biarlah mereka dengan dunia mereka sendiri. Buat setakat mana yang termampu.

Ya Allah, andainya apa yang aku buat itu dikira sebagai amalan yang baik, teruskanlah dorongan untuk aku terus berada dalam kebaikan.

Amien, Ya Rabbal Alamaien.

Salam Jumaat untuk semua…

Muzik Menurut Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah

Muzik memainkan peranan penting secara semulajadi dalam kehidupan menusia seperti perkembangan tumbesaran dan kecerdasan kanak-kanak, bidang keagamaan dan kesenian. Ia berkembang dan mewujudkan satu lambang budaya bagi mewakili identiti sesuatu etnik atau tamadun. Dalam peperangan, muzik juga digunakan untuk menaikkan semangat para pahlawan untuk berjihad. Para pendakwah juga seringkali menggunakan muzik sebagai metode penyampaian mereka. Bahkan, dalam memperdengarkan bacaan al-Quran, pelbagai alunan variasi lagu tarannum yang sahih digunakan oleh qari dan qariah. Dalam bidang pendidikan pula, muzik memainkan peranan yang penting bagi menajamkan ingatan di mana para pelajar menggunakan kaedah muzik dalam menghafal pelajaran mereka. Artikel konseptual ini disediakan berdasarkan kajian kepustakaan. Perbincangan berkisar tentang perbandingan yang terdapat di antara muzik yang diharuskan dengan muzik yang tidak diharuskan menurut pandangan Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah.

Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada zaman silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh tauhid yang tinggi kepada Allah S.W.T. Kesenian Islam memiliki khazah sejarahnya yang tersendiri dan unik. Ianya telah berkembang sejak zaman Nabi Allah Daud ‘A.S. dan puteranya Sulaiman ‘A.S. telah dan terus berkembang pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. dan zaman selepas kewafatan Baginda S.A.W. sehingga kini. Kesenian Islam terus berkembang di dalam tamadun Islam mengikut kreativiti umat Islam di dalam bentuk dan falsafahnya yang masih berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara’.

Muzik Menurut Perspektif Islam

Persepsi mengenai muzik Islam di kalangan masyarakat lazimnya tidaklah begitu positif. Hal ini dapat dikaitkan dengan pandangan bahawa kreativiti dalam bidang muzik selalu menyalahi hukum Islam. Pandangan ini sebenarnya tidak tepat bahkan berdasarkan prasangka semata-mata tanpa mengetahui terlebih dahulu pengertian yang mendasari seni muzik itu sendiri. Muzik merupakan hasil cetusan fikiran dan minda manusia, sedangkan agama Islam adalah anugerah Allah S.W.T. Di sudut yang lain,muzik adalah sebahagian daripada kesenian, sedangkan kesenian adalah rangkuman daripada kebudayaan. Ini menunjukkan bahawa kebudayaan mempunyai kaitan dengan kesenian.

Dari segi sejarah, Nabi Muhammad S.A.W.dan para sahabat pernah berlagu dan berdendang ketika mendirikan masjid Nabawi di Madinah dan ketika menggali parit ketika perang Khandak (Sahih al-Bukhari). Justeru itu, al-Ghazali tidak teragak-agak mengemukakan pandangan ulama’ berhubung keharusan dan pengharaman mendengar nyanyian dan muzik (al-Ghazali). Begitu juga dengan penegasan Ibnu Taimiyyah bahawa nyanyian dan muzik harus berupaya memperbaiki hati dan menyucikan jiwa , bahkan mendengar ayat-ayat Allah dan lagu-lagu tasbih diberi ganjaran pahala yang besar.

Sesuatu yang indah itu pada dasarnya disukai oleh Allah S.W.T. kerana Dia Yang Maha Indah dan menyukai yang indah. Namun demikian, yang menetapkan sesuatu yang benar-benar indah ialah Allah sendiri, bukan manusia atau nafsunya. Dalam batas tertentu nilai estetika atau keindahan bersifat relatif, tetapi tidak pula dinafikan adanya kesamaan dan kesepakatan kumpulan manusia tertentu terhadap sesuatu yang indah. Justeru keindahan adalah satu fenomena tabi’i di mana tiap-tiap manusia dapat merasakannya.

Ulama’ Islam telah menetapkan hukum asal pada sesuatu perkara itu adalah harus berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah : (2:29) yang bermaksud :

“Dialah Allah yang menjadikan sesuatu yang ada di atas muka bumi untuk kamu”

Sehubungan dengan itu, tidak boleh memutuskan haramnya sesuatu itu melainkan mestilah berlandaskan kepada nas yang sahih daripada al-Quran, hadith atau ijma’ yang thabit dan meyakinkan.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

Apa saja yang dihalalkan oleh Allah S.W.T. di dalam kitabNya, adalah halal, apa saja yang diharamkan oleh Allah S.W.T. di dalam kitabNya, adalah haram dam apa saja yang didiamkan oleh Allah S.W.T. tentang kedudukannya, terimalah dari Allah kemaafanNya, kerana sesungguhnya Allah tidak akan melupakan sesuatu pun.

Imam al-Ghazali dalam karya beliau, Ihya’ ‘Ulum al-Din menjelaskan bahawa sebenarnya tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi S.A.W. yang melarang penggunaan alat-alat muzik. Menurut Imam al-Ghazali sebahagian instrument muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang. Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya berada di dalam keadaan yang bersekongkol dengan kumpulan peminum arak, perzinaan dan lain-lain perbuatan dosa.

Ulama’ bersepakat untuk mengharamkan segala bentuk muzik yang diiringi dengan nyanyian yang mengandungi perkataan yang kotor, fasiq atau mendorong seseorang untuk melakukan maksiat.

Bagaimanapun, para ulama’ juga berselisih tentang bentuk nyanyian, samada baik dengan muzik atau tidak, bahkan mereka menganggap itu mustahab. Terdapat daripada ulama’ yang menolak nyanyian apabila menggunakan muzik dan memperbolehkan apabila tidak diiringi dengan muzik. Sebahagian yang lain ada yang melarang secara mutlak, diiringi dengan muzik atau tidak, dan menganggap itu perbuatan haram, bahkan sampai ke peringkat dosa besar.

Di abad ini, Islam dicabar daripada berbagai-bagai sudut. Musuh menggunkan segala-galanya untuk menghancurkan Islam. Mereka mengetahui umat Islam mudah leka apabila diberikan kemewahan dan hiburan. Lantas mereka menggunakan tamadun dan kebendaan mereka dengan mengembangkan bidang seni bagi melalaikan umat dan terus menidurkan mereka. Natijahnya umat leka daripada sumber kekuatan mereka iaitu al-Quran. Umat Islam di masa kini lebih gemar dan khusyuk mendengar lagu-lagu dendangan manusia daripada alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quranul Karim.

Adapun masih banyak pendapat ulama’ kebenaran untuk bernyanyi, bermain alat muzik perlulah sentiasa berhati-hati, tidak melanggari batas pergaulan, tidak mendedahkan aurat dan sebagainya. Walau bagaimanapun lagu atau nyanyian masih boleh dilakukan sekiranya prinsip penyampaian mesej nyanyian tidak lari dari landasannya serta perlulah bercorak kebenaran serta mentauhidkan Allah S.W.T.

Khairil Ashram bin Che Derasid

Buletin ILIM * Mei-Ogos 2013

Tahun Baru 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur masih lagi dipanjangkan nyawa untuk meneruskan hidup. Mudah-mudahan dalam redho Allah hendaknya.

Permulaan tahun baru 2014 di Miri macam biasalah, diwarnai ruang langit tengah malamnya dengan dentuman bunga api. Tengok dari rumah saja, malas nak bawa anak-anak ke tempat program-program macam tu. Lagi pun Abg Ajwad tak tahan dengan asap. Anpus @ Lelah.

Macam-macam cara orang sambut tahun baru. Ada A, ada B, ada C. Bergantung kepada ‘mazhab’ yang di anuti. Apapun, bersederhanalah dan ikutlah apa yang telah di gariskan oleh agama. Insya Allah, selamat dunia dan akhirat.

Tapi, tahun 2014 ni dijangka mencabar. Dalam segenap aspek kehidupan. Apa nak buat, kena hadapi jugak la. Positifkan diri, ye tak? (Tangan di bahu, mata pandang atas)…huhuhu…

Anak makin membesar, bertambah tidak rasanya…hehehe… Dulu diaorang kecil, buat cara kecil. Sekarang ni dah makin besar, lain pula permainan diaorang.

Kerja yang sudah tentu kena naiktaraf. Mana boleh sama dengan tahun lepas.

Pencapaian peribadi pun nak kena ambil kira. Apa yang boleh di buat untuk menambah nilai diri dan keluarga.

Insya Allah, cuba buat yang terbaik. Usaha, doa dan tawakal. Mudah-mudahan Allah jadikan kita semua sebagai hamba yang lebih baik daripada sebelum ini.

Insya Allah.

Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Makluman… Makluman… Makluman

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1978

________________________________________________

 

Tambang Kapalterbang untuk Melawat Keluarga

 

7. Kemudahan tambang kapalterbang Kelas Ekonomi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk balik ke temapt asal di wilayah permulaan diambil bekerja, bagi melawati ibu/bapa atau ibu/bapa isteri yang sakit tenat adalah diluluskan atas sebab-sebab belas kesihan. Kemudahan tambang kapalterbang Kelas Ekonomi adalah juga boleh diberi kepada anak-anak pegawai yang tidak turut serta dengan pegawai itu ke tempat bertugas untuk melawat bapa atau ibu mereka yang sakit tenat dengan syarat kemudahan itu tidak pernah digunakan bagi maksud berpindah mengikut bapa mereka ke tempat bertugas di wilayah yang lain daripada wilayah pengambilan asalnya. Pegawai-pegawai yang layak mendapat kemudahan penerbangan Kelas I boleh menikmati kemudahan tersebut tetapi kemudahan yang diberi kepada ahli keluarganya hanyalah tambang Kelas Ekonomi. Bagi maksud perenggan ini “wilayah” ertinya Semenanjung Malaysia, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

 

__________________________________________________________________________________________________

 

1. Dalam bahasa biasa di pejabat, kemudahan ini digelar sebagai Tambang Ehsan.

2. Boleh di gunakan 4 kali sahaja dalam perkhidmatan. Samada melawat ibu/bapa sendiri atau ibu/bapa mertua sakit atau meninggal. Kalau dah di gunakan untuk melawat semasa diaorang sakit, jadi waktu ibu/bapa meninggal kena beli tiket sendiri dan tak boleh claim dah.

3. Kemudahan ini hanya untuk pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan sahaja. Anak-anak kena beli tiket sendiri.

4. Kalau suami dan isteri berkhidmat dengan kerajaan tetapi bekerja di agensi yang berlainan, tuntutan adalah melalui jabatan masing-masing.

5. Kemudahan ini juga boleh digunakan oleh anak pegawai untuk melawat pegawai yang sakit atau mati. Dengan syarat anak itu tidak mengikut pegawai di wilayah dia bertugas. Contohnya ibu/bapa bertugas di Sabah/Sarawak, anaknya tinggal di Semenanjung kerana sedang belajar. Dan anak pegawai tersebut belum menggunakan kemudahan penerbangan untuk berpindah bersama ibu/bapanya.

 

Ini sedikit daripada penjelasan oleh Ketua Unit Pentadbiran kami semasa mesyuarat baru-baru ni. Isu ini timbul selepas kematian salah seorang pegawai kerana sakit. Iaitu kemudahan-kemudahan yang boleh di ambil oleh pegawai yang bertugas di luar wilayah asal, berdasarkan pekeliling yang sedia ada.

 

Rupanya, ramai daripada kakitangan kerajaan yang tidak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dia dapat daripada kerajaan kerana pekeliling hanya dibaca sewaktu nak ambil peperiksaan sahaja. Habis ujian, tutup buku. Bahkan mereka yang bekerja di pentadbiran/pengurusan juga ramai yang tidak ambil tahu berkaitan dengan perkara-perkara ini. Jadi bila ditanya oleh pegawai-pegawai yang lain, jawapan yang paling senang ialah Tak Tahu @ Tak Ada.

 

Bagi mereka yang masih berkhidmat dengan kerajaan, harapnya dengan sedikit maklumat di atas dapat membantu tuan/puan seandainya sesuatu berlaku.

 

Sekian, terima kasih.

 

Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Larut Malam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jam dah pukul 2 pagi. Tapi masih memaksa diri untuk berjaga sekejap lagi. Baru lepas makan malam (larut malam sebenarnya). Pekena Nasi Ayam Tat sebelum nak balik Miri. 

Sementara nak biar nasi masuk perut, kata org lama, packing barang untuk balik esok. Minta-minta la dapat awalkan flight ke Miri. Tak sabar nak jumpa budak-budak 4 beradik tu. 

Image

Sekali packing, tengok-tengok boleh tahan juga beratnya. Biaqlah bawah 20 kg. Tapi, kalau kena bayaq, biaq pi lah.

6 bulan pertama tahun 2013 ni, dari Januari sampai Jun, paling banyak travel keluar dari Miri. Kalau tak salah 16 kali pergi balik Miri-Semenanjung, 2 kali Miri-Kuching, 2 kali Miri-Limbang (flight) dan 4 kali Limbang-Lawas (by road). Semester ni juga paling banyak kursus dan tugasan yang diberikan sampai jarang ada di Miri. 

Paling lama di Limbang, 3 minggu. Paling singkat 17 Mei, naik flight ke KLIA jam 6.20 pg, pastu jam 4 petang dah ada di Miri semula. Terkejut mak mentua. Tak percaya kata dia yang aku pi KL.

Tapi beginilah bila kita kerja dengan gomen. Saya Yang Menurut Perintah (SYMP) kena sentiasa ingat. Ada juga rasa tak puas hati sebab asyik kita saja yang kena pi sana sini, buat itu ini. Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin ada hikmah. Cuma bila mai ‘bulan’ tu, otak jadi ‘mereng’ sikit… Biasa la tu. Manusia.

Macam kali ni, sambung terus kursus dari IKTBN Sepang ke CIAST Shah Alam. Tengahari check out Sepang, terus check in di Shah Alam. 2 minggu yeop…

Hurmmm… Takpalah, kita buat apa yang mampu ja lah. Dah tak mampu nanti, jangan paksa diri. 

So, malam ni last di Shah Alam. Esok nak balik dah. Tugasan dan pembentangan pun dah terampil. OK lah, syukur, sebab agak kurang mood masa buat pembentangan. Macam-macam dalam otak. 

Esok majlis penutup. Nak kena berucap pulak. Cakap apa yang patut sajalah. Pendek, ringkas dan tepat. Semua orang dah dalam mood nak balik dah.

Ramadhan pun dah dekat. Balik nanti banyak benda nak kena setelkan sebelum buka semester secara rasmi nanti.

Oklah, nak rehat dah. Kalau rajin (hihihihi…) naip lagi…

 

Abu Ajwad

2.23 pg, 28 Jun 2013

Shah Alam

Wajah

image