Archive for the ‘Motivasi’ Category

Ingatan Untuk Diri yang Alpa…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni jom sama-sama kita baca suatu ‘karangan’ yang selalu kita dengar. Wajib dibacakan dan diperdengarkan dalam ‘function’ yang tertentu. So, enjoy…

__________

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Segala puji-pujian bagi Allah swt, Tuhan pentadbir sekalian alam, yang hidup kekal selama-lamanya. Selain dari-Nya, pasti menemui mati dan binasa. Selawat dan salam sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, pesuruh Allah yang membawa wahyu untuk disampaikan kepada hamba-hamba-Nya dan Rasul-Nya. Seterusnya, selawat dan salam ke atas keluarga Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda yang telah terkorban untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Selawat dan salam yang tidak terhingga setiap hari dan masa.

Maha Suci Tuhan Yang Maha Esa, Unggul pada Keagungan-Nya, Tunggal pada Zat-Nya dengan sifat Qudrat dan Baqa’. Maha Suci Tuhan yang berkuasa mematikan dan menghidupkan manusia, untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang baik amalannya. Sesungguhnya, setiap amalan akan diperlihatkan di hadapan semua manusia, sama ada amalan baik mahupun yang buruk, yang ternag atau yang tersembunyi dan yang diketahui atau yang tidak diketahui.

Wahai hamba Allah, ingatlah setiap amalan yang telah kamu lakukan di dunia ini, akan dibalas sama ada yang kecil ataupun yang besar, yang nyata maupun yang tersembunyi semuanya akan diperhitungkan dan kamu akan menerima balasannya di hari pengadilan nanti. Berbahagialah sesiapa yang dipisahkan dari neraka dan menjadi penghuni syurga. Ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan kesenangan di dunia adalah hiasan semata-mata, tidak kekal dan tidak boleh dibawa ke mana-mana.

Wahai hamba Allah, ingatlah dari tanah kamu dijadikan, kepada tanah kamu dikembalikan dan daripadanya jua kamu dibangkitkan untuk menghadap Rabbul ‘Izzati, Tuhan pentadbir sekalian alam.

Dengan nama Allah, dengan Allah, daripada Allah, kepada Allah, di atas agama Allah yang dibawa oleh Rasulullah saw sebenarnya kamu dimatikan. Kematian inilah yang dijanjikan oleh Allah dan tepatlah janji yang telah disampaikan oleh utusan Allah. Hanya dengan sekali Israfil menempik, maka hancurlah yang ada, mati dan kemudian terhimpun kembali di sisi Allah Rabbul ‘Izzati.

Wahai (nama si mati dibin @ binti dgn nama ibu) semoga kamu dirahmati dan diampunkan dosa-dosa kamu. Mulai hari ini, berakhirlah sudah kehidupanmu di dunia, habislah sudah segala keseronokanmu, lenyaplah sudah perhiasan dan kesenanganmu yang Allah pinjamkan selama kamu hidup di dunia.

Sekarang dan mulai hari ini engkau akan berada di alam barzakh, iaitu alam lain dari apa yang engkau telah tempuhi sebelum ini. Janganlah engkau lupa terhadap perjanjian di masa perpisahanmu dari alam dunia menuju ke alam akhirat iaitu dua kalimah syahadah.

 لا إله الا الله محمد رسول الله

Ingatlah apabila datang kepadamu dua malaikat, Mungkar dan Nakir yang ditugaskan oleh Allah untuk menyoal kamu, maka janganlah engkau terkejut dan takut. Mereka sebenarnya adalah hamba Allah, sepertimana kamu juga. Mereka akan menyoal kamu dengan pertanyaan.

“Siapakah Tuhan kamu?”

“Siapakah Nabi kamu?’

“Apakah agama kamu?”

“Apakah kiblat kamu?”

“Siapakah nama saudara kamu?”

“Apakah pegangan i’tiqad kamu?”

“Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama?”

Di masa itu hendaklah kamu menjawab dengan cermat dan terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar dan takut. Janganlah cuai dan tergopoh gapah, hendaklah kamu tenang dan berhati-hati.

Jawablah :

“Allah Taala Tuhanku”

“Muhammad saw Nabiku”

“Islam Agamaku”

“Kitab suci al-Quran menjadi ikutanku”

“Baitullah itu Kiblatku”

“Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudaraku”

dan

“Kalimah Laa Ilaha Illallahu Muhammadur Rasulullah menjadi i’tiqad peganganku”

Ketahuilah wahai (nama si mati dibin @ binti dgn nama ibu) bahawa mati itu benar, masuk kubur itu benar, soalan Mungkar dan Nakir di dalam kubur itu benar, bangkit semula dari kubur itu benar, perkiraan amalan itu benar, titian sirat itu benar, neraka itu benar dan syurga itu benar dan tidak ragu-ragu lagi hari kiamat itu pasti datang. Di masa itu, Tuhan akan membangkitkan semula yang ada di dalam kubur.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Penghibur bagi tiap-tiap kesunyian dan kesepian, Yang Sentiasa Ada dan tidak jauh dari makhluk-Nya, kami memohon daripada-Mu, hiburkanlah kesepian kami dan kesepian saudara kami ini, rahmatilah kami dan saudara kami ini ketika keseorangan di dalam kubur. Lancarkanlah lidah kami dan saudara kami ketika menjawab soalan-soalan para malaikat, tetapkanlah iman kami dan iman saudara kami dengan rahmat-Mu Yang Maha Luas.

ربنا آتنا فى الدنيا حسنة و فى الآجرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمدلله رب العالمين

TAKE ACTION!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Jadi, susulan daripada karangan sebelum ini, maka kena TAKE ACTION supaya apa yang dicitakan menjadi kenyataan.

Cuba untuk tidak bertangguh.

Image

Barang yang dipesan untuk cuba adakan side income ataupun pendapatan kedua pun dah sampai. Terima kasih kepada Ahmad Fadzli Fauzi aka Dik Li kerana berkongsi ilmu & pengalaman dengan saya. Insya allah, saya cuba buat sehabis baik.

Mudah-mudahan keputusan ini adalah yang terbaik setakat ini. Insya Allah.

بسم الله توكلت على الله

اللهم يسّر ولا تعسّر واتمم بالخير

Image

Jom Bebas Hutang ; Panduan Mengurus Kewangan Rumahtangga…

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya jumpa satu karangan mengisahkan pengalaman seseorang dalam mengurus kewangan rumahtangganya, dan saya dapati ianya amat baik bagi dijadikan panduan dalam mengurus kewangan rumahtangga saya jugak. Saya juga nak kongsinya dengan tuan/puan sekalian.

Jadi, selamat membaca.

____________________________________________________________________________________________

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas hutang daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari itu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang minta saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas meyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ini.

Prinsip #1 : Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusan yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2 : Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakan dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3 : Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4 : Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun taka ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagilah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…

Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat :

Strategi #1 : Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Image

Strategi #2 : Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebab ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3 : Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok+interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4 : Gunakan duit ‘durina runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak terasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5 : Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-Settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6 : Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang instalmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7 : Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O,D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certifies Financial Planner)…

Wallahu a’lam.

Zulkifli

11 Julai 2011

10 Sya’ban 1432

Damansara Damai

* Sumber FB

____________________________________________________________________________________________

Harapnya dapat sama-sama kita cuba ambil apa yang baik untuk diri kita. Sedikit potongan kata-kata dalam artikel di atas untuk saya kongsi ialah;

1. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

2. Hidup ni satu pilihan…

3. Samada kita AMAL ataupun tidak.

Jadi, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Nak Tak Nak?

 

Sekian.

Image

Kata Hikmah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Saya dapat benda ni daripada mesej kawan, boleh buat renungan kita bersama. Andai kata salah @ silap, tolong maklumkan.

 

__________________________________________________

Kata-kata hikmah al-Marhum Syeikh at-Tantawi

 

لا يلزم أن تكون وسيما لتكون جميلا

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا

Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا

Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضى ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا

Cukuplah dengan membuat Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة

Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi berbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال99

Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر

Itulah hakikat manusia!

ولو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة

Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لغفر الله ال99 وقبل الواحدة

Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذلك هو ربي

Itulah Dia Tuhanku!

__________________________________________________

Terima kasih Syakirul atas tazkirah yang baik ini…

Memahami Era Generasi

SILENT GENERATION

– Lahir dalam tahun 1922 – 1945

– Berumur 68 hingga 91 tahun

– Pelopor kepada revolusi muzik rock (Elvis Presley, The Beatles)

Konservatif, rajin, mengikut peraturan, tidak suka melibatkan diri dengan hutang

 

BABY BOOMERS

– Lahir dalam tahun 1946 – 1964

– Istilah baby boomers digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas perang dunia ke-2

– Berumur 48 hingga 68 tahun

– Generasi selepas perang dunia ke-2

Penyayang, keagamaan, menghargai masa, kekeluargaan dan sentimental 

Hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada keluarga

 

GEN X

– Lahir dalam tahun 1965 – 1980

– Berumur 33 hingga 48 tahun

– Generasi internet

– Dikenali sebagai ‘baby bust’, ‘slackers’ dan ‘MTV Generation’

– Membesar sebagai kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana ibu bapa yang sibuk bekerja atau ibu bapa tunggal

– Lebih seimbang

– Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (non specialist media)

 

GEN Y

– Lahir dalam tahun 1980 – 1993

– Berumur 18 hingga 35 tahun

Populasi terbesar di dunia

Optimistik, mempunyai harga diri keyakinan diri yang tinggi dan pintar

 

GEN Z

– Lahir dalam tahun 1994 – 2010

– Berumur 19 ke bawah

– Juga dikenali sebagai Net Generation, Internet Generation, Generation Digital

Lebih terdedah kepada broadband, wireless, laman sosial, telefon pintar, online music, movie, chatting, online games

 

Sumber :

Kertas kerja bertajuk “Memahami Generasi Y” yang dibentangkan oleh Tuan Khairunnizam bin Mhd. Supian daripada Persatuan Ulama Malaysia cawangan Selangor (PUMSEL) dalam Wacana Isu-Isu Munakahat Kemahiran Keibubapaan di ILIM pada 11 April 2013.

Buletin ILIM, Tahun 9, Bilangan 1/2013, Januari – April 2013 / Safar – Jamadil Akhir 1434H