Panduan Doa dalam Bahasa Inggeris – siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf banyak-banyak. Itu hari janji nak update malam, tapi selang lama baru boleh nak menaip semula. Maklumlah, kena uruskan keluarga untuk pulang semula ke sini.

OK. Kali ni saya cuma nak beri sedikit panduan kepada mereka yang kena berdoa untuk majlis-majlis tertentu. Khususnya bagi majlis-majlis yang dihadiri oleh VVIP, samada Islam atau tidak.

Tapi, kalau jadi orang yang baca doa, pastu VVIP pulak bukan Islam, takkan nak sebut nama dia dan doakan dia pulak?

Takpa, nanti saya terangkan.

_______

Secara mudah, doa kena ada

1. Pembukaan (Opening)

2. Aksesori (Accessories)

3. Content (Isi)

4. Penutup (Closing)

Sila rujuk kepada nota yang saya sertakan dalam artikel sebelum ini.

_______

1. Pembukaan (Opening)

Secara mudah, dalam nota, merupakan terjemahan bahasa Inggeris kepada permulaan doa yang biasa di baca oleh ustaz-ustaz selepas solat. Contohnya

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه والتابعين

Jadi, tuan/puan boleh pilih antara 2 yang mana satu nak digunapakai.

_______

2. Aksesori (Accessories)

Untuk ini, sama juga, anda boleh memetik mana-mana petikan yang dirasakan sesuai untuk di baca. Ianya sudah di buat dalam perenggan untuk kemudahan saya dan anda.

_______

3. Isi (Content)

Untuk yang ini, ambil yang mana nak guna. Tapi bahagian yang bergaris kena ganti dengan nama program dan nama VVIP yang hadir serta pangkat atau gelarannya.

Ini kena buat sendiri lah.

Berkaitan dengan VVIP yang bukan Islam, dan dia ialah perasmi kepada majlis atau upacara tersebut. Mengikut kepada penceramah dalam kursus yang kami hadiri, cukup disebut nama jawatannya sahaja. Tidak perlu di sebut namanya.

_______

4. Penutup (Closing)

Cuma pilih sahaja yang mana anda suka antara dua.

_______

Sedikit panduan tambahan.

1. Paling kurang, cuba selitkan sedikit lafaz dalam bahasa Arab. Contoh “Allahumma Ya Allah” selepas Opening sebelum masuk ke Accessories.

2. Jangan terlalu ringkas. Paling kurang 3 minit. Jangan pulak terlalu panjang. Nanti orang bosan. Sedang-sedang sahaja. Andai di minta untuk ringkaskan doa dibawah 3 minit, tak payah baca lagi bagus.

3. Baca doa dengan tertib dan tawadhuk. Biar orang ramai dengar dengan jelas apa yang kita doakan. Kalau perlu, buat slash (/) dalam teks doa. Supaya kita tahu dimana boleh berhenti untuk tarik nafas.

4. Pastikan kita slash di tempat yang betul dan sesuai, supaya doa kita tidak nampak tergantung.

_______

Harapnya sedikit panduan yang saya sertakan di sini dapat membantu mereka yang berkaitan. Bersama ini juga saya sertakan pautan untuk Panduan Doa terbitan JAKIM, dalam bahasa Melayu kepada yang berminat untuk buat simpanan dan rujukan. Sila klik di sini.

Sekadar ini sahaja buat waktu ni. Kalau ada apa-apa pertanyaan, andai saya tahu, saya cuba jawab. Cuma untuk buat doa saya tak janji sebab dengan kekangan masa, takut tak sempat. Tapi, kalau rujuk kepada nota yang saya dah sertakan, insya Allah, tuan/puan boleh buat sendiri.

Insya allah, jumpa lagi di lain kali.

Advertisements

Panduan Doa dalam Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ni saya sertakan nota @ panduan untuk doa dalam Bahasa Inggeris. Panduan ini saya dapat masa ikuti kursus pembacaan doa di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Mudah-mudahan dapat jadi panduan juga kepada yang lain.

Image

Image

Image

Image

Image

Image

ImageImage

Image

Image

Image

Doa 12 001Doa 13 001Doa 14 001

__________

Ok, kalau ada apa-apa pertanyaan, nanti saya cuba jawab. Nak keluar dulu, beli barang sikit. Maklumlah, jadi bujang untuk 2 minggu ni.

Penerangan lanjut, malam nanti saya kemaskini semula.

Sekian.

TOT CITRA Ibadah Cintai al-Quran

1. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda  : “Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca al-Quran” (Riwayat al-Baihaqi).

2. Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca al-Quran dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada dekatNya (para malaikat).”

3. Jika kamu ingin Allah berkata-kata denganmu, bacalah al-Quran. Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. (al-Hakim)

image

* Buku Program Kursus TOT Program CITRA Ibadah IKBN (Cintai al-Quran), 6-8 September 2013

TAKE ACTION!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Jadi, susulan daripada karangan sebelum ini, maka kena TAKE ACTION supaya apa yang dicitakan menjadi kenyataan.

Cuba untuk tidak bertangguh.

Image

Barang yang dipesan untuk cuba adakan side income ataupun pendapatan kedua pun dah sampai. Terima kasih kepada Ahmad Fadzli Fauzi aka Dik Li kerana berkongsi ilmu & pengalaman dengan saya. Insya allah, saya cuba buat sehabis baik.

Mudah-mudahan keputusan ini adalah yang terbaik setakat ini. Insya Allah.

بسم الله توكلت على الله

اللهم يسّر ولا تعسّر واتمم بالخير

Image

Jom Bebas Hutang ; Panduan Mengurus Kewangan Rumahtangga…

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya jumpa satu karangan mengisahkan pengalaman seseorang dalam mengurus kewangan rumahtangganya, dan saya dapati ianya amat baik bagi dijadikan panduan dalam mengurus kewangan rumahtangga saya jugak. Saya juga nak kongsinya dengan tuan/puan sekalian.

Jadi, selamat membaca.

____________________________________________________________________________________________

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas hutang daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari itu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang minta saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas meyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ini.

Prinsip #1 : Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusan yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2 : Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakan dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3 : Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4 : Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun taka ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagilah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…

Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat :

Strategi #1 : Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Image

Strategi #2 : Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebab ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3 : Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok+interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4 : Gunakan duit ‘durina runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak terasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5 : Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-Settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6 : Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang instalmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7 : Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O,D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certifies Financial Planner)…

Wallahu a’lam.

Zulkifli

11 Julai 2011

10 Sya’ban 1432

Damansara Damai

* Sumber FB

____________________________________________________________________________________________

Harapnya dapat sama-sama kita cuba ambil apa yang baik untuk diri kita. Sedikit potongan kata-kata dalam artikel di atas untuk saya kongsi ialah;

1. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

2. Hidup ni satu pilihan…

3. Samada kita AMAL ataupun tidak.

Jadi, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Nak Tak Nak?

 

Sekian.

Image

Kata Hikmah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Saya dapat benda ni daripada mesej kawan, boleh buat renungan kita bersama. Andai kata salah @ silap, tolong maklumkan.

 

__________________________________________________

Kata-kata hikmah al-Marhum Syeikh at-Tantawi

 

لا يلزم أن تكون وسيما لتكون جميلا

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا

Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا

Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضى ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا

Cukuplah dengan membuat Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة

Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi berbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال99

Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر

Itulah hakikat manusia!

ولو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة

Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لغفر الله ال99 وقبل الواحدة

Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذلك هو ربي

Itulah Dia Tuhanku!

__________________________________________________

Terima kasih Syakirul atas tazkirah yang baik ini…

Makluman… Makluman… Makluman

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1978

________________________________________________

 

Tambang Kapalterbang untuk Melawat Keluarga

 

7. Kemudahan tambang kapalterbang Kelas Ekonomi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk balik ke temapt asal di wilayah permulaan diambil bekerja, bagi melawati ibu/bapa atau ibu/bapa isteri yang sakit tenat adalah diluluskan atas sebab-sebab belas kesihan. Kemudahan tambang kapalterbang Kelas Ekonomi adalah juga boleh diberi kepada anak-anak pegawai yang tidak turut serta dengan pegawai itu ke tempat bertugas untuk melawat bapa atau ibu mereka yang sakit tenat dengan syarat kemudahan itu tidak pernah digunakan bagi maksud berpindah mengikut bapa mereka ke tempat bertugas di wilayah yang lain daripada wilayah pengambilan asalnya. Pegawai-pegawai yang layak mendapat kemudahan penerbangan Kelas I boleh menikmati kemudahan tersebut tetapi kemudahan yang diberi kepada ahli keluarganya hanyalah tambang Kelas Ekonomi. Bagi maksud perenggan ini “wilayah” ertinya Semenanjung Malaysia, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

 

__________________________________________________________________________________________________

 

1. Dalam bahasa biasa di pejabat, kemudahan ini digelar sebagai Tambang Ehsan.

2. Boleh di gunakan 4 kali sahaja dalam perkhidmatan. Samada melawat ibu/bapa sendiri atau ibu/bapa mertua sakit atau meninggal. Kalau dah di gunakan untuk melawat semasa diaorang sakit, jadi waktu ibu/bapa meninggal kena beli tiket sendiri dan tak boleh claim dah.

3. Kemudahan ini hanya untuk pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan sahaja. Anak-anak kena beli tiket sendiri.

4. Kalau suami dan isteri berkhidmat dengan kerajaan tetapi bekerja di agensi yang berlainan, tuntutan adalah melalui jabatan masing-masing.

5. Kemudahan ini juga boleh digunakan oleh anak pegawai untuk melawat pegawai yang sakit atau mati. Dengan syarat anak itu tidak mengikut pegawai di wilayah dia bertugas. Contohnya ibu/bapa bertugas di Sabah/Sarawak, anaknya tinggal di Semenanjung kerana sedang belajar. Dan anak pegawai tersebut belum menggunakan kemudahan penerbangan untuk berpindah bersama ibu/bapanya.

 

Ini sedikit daripada penjelasan oleh Ketua Unit Pentadbiran kami semasa mesyuarat baru-baru ni. Isu ini timbul selepas kematian salah seorang pegawai kerana sakit. Iaitu kemudahan-kemudahan yang boleh di ambil oleh pegawai yang bertugas di luar wilayah asal, berdasarkan pekeliling yang sedia ada.

 

Rupanya, ramai daripada kakitangan kerajaan yang tidak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dia dapat daripada kerajaan kerana pekeliling hanya dibaca sewaktu nak ambil peperiksaan sahaja. Habis ujian, tutup buku. Bahkan mereka yang bekerja di pentadbiran/pengurusan juga ramai yang tidak ambil tahu berkaitan dengan perkara-perkara ini. Jadi bila ditanya oleh pegawai-pegawai yang lain, jawapan yang paling senang ialah Tak Tahu @ Tak Ada.

 

Bagi mereka yang masih berkhidmat dengan kerajaan, harapnya dengan sedikit maklumat di atas dapat membantu tuan/puan seandainya sesuatu berlaku.

 

Sekian, terima kasih.

 

Abu Ajwad

Miri, Sarawak